Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Portal Rasmi
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu

Logo MDLBSLogo MDLBS

Logo ini terbentuk daripada tiga (3) bulatan asas, di mana bahagian yang paling bawah di ukur sebagai tapak pengukuhan untuk dua (2) bulatan di atasnya. Ini menunjukkan bahawa majlis telah menerima punca hasil daripada geran kerajaan, penilaian kadaran dan bayaran lesen. 

Warna hijau menunjukkan usaha majlis dalam mencantikkan dan memelihara alam sekitar. 

Bentuk bulat (mini globe) mewakili kewujudan majlis dan pecahan di tengah-tengah melambangkan kepelbagaian fungsi yang dijalankan oleh Majlis. Ia juga menunjukkan usaha Majlis untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sibu.

Warna jingga adalah simbolik terdapatnya kepelbagaian budaya.

Manakala warna biru melambangkan rasa 'oneness' yang dimiliki dan dinikmati oleh majlis.

Tiga (3) jalur mengarah ke atas melambangkan visi majlis. Ia menggambarkan cita-cita dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan.

Garis menegak mewakili sokongan daripada rakyat.