Pelan Laman




HYPER LINKS
Perubahan Suatu Rahmat - Khamis. 9 Februari 2012 (Utusan Sarawak)

KUCHING: Rabu – Proses perubahan harus diterima sebagai suatu rahmat di samping suatu cabaran, nasihat Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Peranan mereka ialah untuk memastikan transformasi yang diusahakan praktikal bagi kejayaan penyesuaian dalam menghadapi tuntutan yang dihadapi, katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Lampas Fikir di Damai, Santubong dekat sini, yang dihadiri oleh 140 ketua semua jabatan dan agensi kerajaan.

Pehin Sri Taib mengiktiraf pegawai perkhidmatan awam hari ini berupaya menyesuaikan diri dalam menemui tuntutan keperluan masa kini.

Tambahnya kakitangan perkhidmatan awam mesti mampu membina secara praktikal sebarang penyelesaian sambil menumpu penuh dedikasi penuh iltizam.

“Sebagai anggota dalam perkhidmatan awam kita perlulah mengemaskinikan pengetahuan kita tanpa perlu melibatkan diri dalam isu-isu yang menimbulkan perbalahan.

“Kita mestilah mendapatkan pandangan dari kumpulan-kumpulan yang berlainan dan melakukan silang penyesuaian antara kumpulan. Kebebasan perkhidmatan awam mestilah dipelihara,” ujarnya.

Beliau juga menyerlahkan peranan penting Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebagai alat perubahan bagi pembangunan masa depan Sarawak yang meletakkan negeri ini sebagai pemain di pentas global.
SCORE telah membuat tenaga boleh diperbaharui sebagai pemangkin untuk menarik pelaburan.

Tujuan perhimpunan itu diadakan ialah untuk membina sinergi pasukan antara ketua-ketua jabatan dan agensi dalam memacu transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak selain sebagai wadah bagi mereka untuk membincangkan isu-isu utama yang ada kaitannya dengan perkhidmatan awam termasuk isu-isu pembangunan negeri.

Ia juga bertujuan untuk mempromosikan pasukan-pasukan silang agensi bagi membina penyelesaian inovatif dan kreatif dalam penyampaian perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Antara yang menyertai termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Ghani, Peguam Negeri Datu Haji Abdul Razak Tready, dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Datu Abdul Ghafur Shariff.



Kembali
Privacy Policy / Copyright Notice / Security Notice
Best viewed with Netscape and Mozilla Firefox; Screen resolution: 1024 by 768pixels
Anda Pelawat Ke:
web stats
Projek Gemilang