i.
|
Melayan aduan yang realistic dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja. |
| ii. |
Pelan Bangunan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan disertakan dokumen- dokumen yang lengkap dan mendapat kelulusan daripada agensi- agensi yang berkaitan. |
| iii. |
Pelan bangunan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar/ seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
| iv. |
Pengeluaran “Occupation Permit” hendaklah disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pemeriksaan tapak dan mendapat kelulusan daripada agensi- agensi yang berkaitan. |
| v. |
Pembayaran pesanan barang/ kerja akan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebaik sahaja semua butiran pembayaran diterima. |
| vi. |
Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada. |
| vii. |
Memastikan semua buku baru yang diperolehi siap diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembelian/ perolehan. |
| viii. |
Mengurangkan kadar kelewatan pemulangan buku kepada 10 peratus daripada jumlah pinjaman yang dibuat sebulan. |
| ix. |
Mengambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan/ pelanggaran undang- undang hasil daripada pemantauan. |
| x. |
Surat makluman keputusan permohonan lessen perniagaan akan dikeluarkan dalam masa dua belas (12) hari bekerja setelah diputuskan oleh mesyuarat Majlis. |
| xi. |
Permohonan lessen perniagaan hendaklah diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan. |
| xii. |
Semua pegangan yang telah disukat akan dikemukakan ke Bahagian Penilaian dan Pengkadaran Kementerian dalam masa satu (1) bulan dari tarikh penerimaan OP oleh Bahagian Penilaian dan Pengkadaran (selaras dengan KFA) |
| xiii. |
Rumah panjang dan rumah kediaman luar Bandar dengan kadar tujuan am sahaja diukurperiksa, dinilai dan dikeluarkan bil taksiran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh ukurperiksa. |
| xiv. |
Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) bekerja setelah bermesyuarat. |
| xv. |
Borang Penilaian Kursus hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Sumber Manusia dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tamat menghadiri kursus. |